jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Saturday, February 4, 2012

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM Ijtima

PERHIMPUNAN UMAT ISLAM
 Ijtima Thailand. Feb 2012, 4 Kawasan:
03hb-05hb - Yala
08hb-10hb - Setun
13hb-15hb - Phuket
18hb-20hb - Bangkok


 Ijtima Malaysia. Mei-Jun 2012, 13 Kawasan:
19hb-21hb Mei - KL. Masjid Jamek BB Sri Petaling.
06hb-08hb Jun - Pahang. Kuantan.
09hb-11hb Jun - Melaka & Negeri Sembilan. Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
15hb-17hb Jun - Sarawak. Kuching & Sibu.
21hb-23hb Jun - Sabah Pantai Barat. Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - Sabah Pantai Timur. Sapagaya, Lahad Datu.(MBM Feb)














Friday, February 3, 2012

kovo xlama lagi..

alhamdullilah da habis blaja..
konvo la pulak..skg..
tpi mahal gak konvo ni..hehehe



mahal kan..tapi xpa bila g nak konvo...seumor hidop..hahaa sekali ni...
dapat la nanti pengiktirafan diploma kejuruteraan awam

selawat jom......



Kepentingan Selawat


 Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad : Rujukan : Riwayat Ad-Dailami "Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. " Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. 


Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita. Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar. Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu.


 Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali. Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan."


 Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut. Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi. Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.





Kelebihan berselawat



 1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.


Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. " Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.








Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis


 i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.


 ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.


 iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.


 iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.


 v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.




2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua) Rujukan : Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "


 3. Mendapat keampunan dosa dari Allah. Rujukan : Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " Rujukan : Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "


 4. Diberi pahala dari Allah s.w.t. Rujukan : Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."


 5. Mendapat ketenangan jiwa Rujukan : Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."


6. Mendapat rahmat dari Allah Rujukan : Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "


7. Mendapat hajat dunia dan akhirat. Rujukan : Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "


8. Digembirakan dengan syurga. Rujukan : Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "


 9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti. Rujukan : Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"








Kelebihan selawat mengikut para ulama 
 1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
 8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
 9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.




Gelaran orang yang tidak berselawat
 i) Gelaran penghinaan. 


Rujukan : Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. " 


ii) Gelaran bakhil (kedekut) 


Rujukan : Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "




Monday, January 30, 2012

mai wahai wanita bace ni....



4 Golongan Lelaki Yang Ditarik ke NERAKA
 Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:-

 1. Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

 2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

 3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak-anak lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal perlakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.. 

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” - (At-Tahrim ayat 6)

Sunday, January 29, 2012

AJL..

bagi korang best ke AJL..
bagi saya mcm apa nth..
AJL- ALLAH JANGAN LUPA..
sanggup ae pergi sana tgok artis..
sanggup lambat2kan solat..
hmm...
beri comment korang...
comment la yg positive k negative..
den terima..
cuma nak pandangan korang

Wednesday, January 25, 2012

bagi link churp2 korg..meh sy klik..hehe

salam...
jom la kawan2 klik2 churp churp..
bersama kita bramal jariah...

campaign image

klik pic DI ATAS di mana KLIA ada wat show..mcm kat luar negara...

ngn lagi 1.. klik pic DIBAWAH ni
Video klip daripada volkswagen untuk tahun baru cina..



jom la klik pic2 diatas..n bagi link korang..
nanti sy klik..bersama2 beramal jariah ae..

Tuesday, January 24, 2012

tinggal la link churp

jom la kawan2 klik2 churp3..
hehe..sama2 beramal jariah...
daftar sni


yg pertama sni video klip vroooooooooommmmmmmmm

yg kedua..video klip di  KLIA

jom la kawan2 klik ni..
n bagi la link kt sy untuk klik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...