jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Tuesday, July 20, 2010




Assalamualaikum. Oleh kerana terdapat segelintiri fans yang tidak berdisiplin ilmu dalam berhujah, maka pihak HKSH dengan ini secara rasmi ingin menyelaraskan protokol untuk berhujah di dalam page ini. Oleh itu, mereka yang melanggar protokol ini tidak boleh menyalahkan pihak HKSH apabila diban dari page. Pihak HKSH tidak akan bertoleransi dengan mereka yang cuba mencetuskan suasana tegang dan perbalahan di dalam page ini. Berikut disenaraikan beberapa protokol HKSH yang wajar dipatuhi oleh semua fans:

1) Anda dilarang dari berhujah dengan cara menyerang kredibiliti dan peribadi HKSH mahu pun orang lain. (Berhujahlah cara Ilmiah)

2) Hujah dalil sahih (Quran dan Hadith) yang diberikan HKSH mestilah dibalas dengan dalil sahih juga jika ingin menentang/mengkritik. Bagi mereka yang tidak mengkritik (hanya komen biasa), hujah dalil tidak diperlukan.

3) Jika HKSH menggunakan hujah logik, maka hujah logik dibenarkan digunakan untuk menentang hujah HKSH. Lebih digalakkan untuk menentang hujah logik menggunakan hujah Quran dan Hadith sebagai penguat.

4) Perkataan mencerca/mencarut sesama muslim adalah ditegah sama sekali.

5) Mereka yang menentang posting dari HKSH tanpa membacanya secara keseluruhan (termasuk video yang diselitkan) dan menilainya dianggap sebagai menaburkan fitnah.

6) Mencela protokol ini akan diban serta merta.


Namun, komen yang berbentuk pertanyaan kerana tidak tahu (bukan untuk provokasi) adalah dibenarkan tanpa apa-apa protokol


Admin HKSH akan memberikan 3 kali amaran kepada individu sebelum diban. Term yang digunakan ialah admin akan menulis " Amaran pertama/kedua/ketiga : .......notis........"

Jika anda melanggar salah satu protokol dia atas namun tidak diban, ia adalah budi bicara pihak HKSH. Tujuan HKSH membuat protokol ini supaya fans lain dapat membaca setiap komen dengan ilmiah dan tenang. HKSH hanya ban orang yang sebelum ini berdasarkan protokol 1-5 sahaja. Suka untuk pihak HKSH meminjam kata-kata Imam Malik RH yang mahsyur:

Imam Malik berkata: (mazhab maliki)

“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...