jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Saturday, September 4, 2010

Apakah Ubat Untuk Penyakit Buruk Sangka?




Ubat dan penawar untuk penyakit buruk sangka ialah berbaik sangka. Ia penawar yang mampu mencegah penyakit buruk sangka. Bahkan berbaik sangka adalah salah satu hak seorang mukmin kepada mukmin yang lain. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

Berlapang dada membuatkan hati kita merasa tenang dan senang. Ia membuka jalan kepada kemaafan sesama insan dan keampunan daripada Tuhan. Menyiasat berita yang tiba adalah langkah bijak bagi mengelakkan bibit buruk sangka. Terutama jika yang membawa khabar itu di kalangan mereka yang fasik dan kufur. Kenangkan kelebihan orang lain melebihi keburukannya. Dengan memikirkan kelebihan seseorang melebihi keburukan atau kekurangannya, kita akan sedikit sebanyak dapat membendung perasaan negatif yang timbul dalam minda. Setiap manusia memiliki kekuatan masing-masing. Ketika minda menayangkan keburukan orang yang tidak kita senangi, pujuklah hati dengan mengenangkan kebaikan yang pernah dilakukannya.

Mengamati kelemahan dan kekurangan diri akan membuatkan kita lebih insaf bahawa kita juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Hanya manusia angkuh saja yang memiliki pendirian bahawa dirinya tidak pernah bersalah dan berdosa. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...