jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Wednesday, July 6, 2011

renungan seketika untuk den

Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat neraka? Ini kisah benar. Kisah sorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya, di sebuah negeri yg melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis2 perniagaan dan kompleks beli-belah utk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini, sorang ustaz ditugaskan bersama dgn para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah utk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yg mendalam. Dlm satu insiden, ketika operasi yg dijalankan sekitar 2005, sorang gadis yg bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati mlakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dgn nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuh perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis tersebut yg dari awal mendiamkan diri, tiba2 membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?" Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dgn muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Org baik,org jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi org jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa org yg dibunuh dlm syurga. Perogol akan bertemu lagi dgn mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yg terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yg kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz. "Ah..mana adil macam tu. Org jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Utk menghukum hamba-hamba-Nya yg derhaka, yg menzalimi diri sendiri dan juga org lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, utk kebaikan diri kita jugak.






lagi...



Mmg tiada siapa pn dpt menduga ble saat kmatian mereka akn tiba. Sbb itu rmai yg masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud: “Setiap yg hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dgn kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kpd Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yg dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yg gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yg masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yg perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah S.W.T ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita utk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bg menghadapi 2 fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah S.A.W juga menjelaskan dlm hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yg hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yg amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yg matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).


lagi........

 Empat golongan lelaki ke neraka Assalammualaikum wbt.. Pertama:- 'Ayahnya' Apabila sseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak2 perempuan nya di dunia. Dia tidak memberikan sgala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Kedua:- 'Suaminya' Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. Ketiga:- 'Abang-abangnya' Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat. Keempat:-' Anak Lelakinya' Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yg sebenar tidak silap firman Allah S.W.T.:- "Hai anak Adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.." Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dgn penuh ikhlas.




lagi 1...hmm




Kenapa awak tak rogol saya? Assalammualaikum wbt.. Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yg bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yg diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yg lalu lalang pd masa itu. Disebabkan hari yg agak sudah lewat, berjalan di jalan yg agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih2 lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yg dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah S.W.T memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dgn penuh pengharapan agar Allah S.W.T membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dlm akhbar yg seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yg dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yg dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yg dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yg lalu selepas dia. Wanita ini nk tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis utk bercakap dgn perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu: "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yg menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yg menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah S.W.T untuk menjaga hamba-Nya yg sentiasa ingat akan diri-Nya. "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yg membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin Amr R.A]

3 comments:

awan_nono said...

cte yg last tu sungguh myentuhkan hti ...

Cappuccino Lover said...

thanx sebab pos n3 ni... mmg menyentuh hati.. :)

wan or sean said...

sesama kita renungkan laa aw...sy pon nak balaja..taubat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...