jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Monday, November 1, 2010

DAKWAH

Definasi Dakwah
Dakwah adalah bermakna 'panggilan' atau 'jemputan'; di mana ia bermaksud menjemput non-Muslim kepada Islam dan juga bermaksud mengajak Muslim memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar. Secara dasarnya, dakwah ialah sebagai menjemput orang yang masih belum mempercayai atau menerima Islam sama ada non-Muslim atau Muslim supaya terbuka hati untuk menerima agama Islam.


Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.


Firman Allah: Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka dan telah berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Di sisi Allah, bagi mereka darjat yang tinggi. Mereka lah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaan-Nya dan tentang taman-taman syurga di mana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah balasan yang sangat besar. (Surat At-Taubah: ayat 20-22).


Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').



Cara berdakwah kepada bukan Islam


Prinsip pertama (asas) yang perlu kita terapkan dalam minda kita ialah apabila kita memperkenalkan Islam kepada non-muslim, pastikan kita tidak menyakiti hati mereka atau merasa terhina. Jangan cuba mengkritik mereka atau kepercayaan mereka. Kita perlu menyebarkan Islam secara positif (berhikmah dan bil hal) untuk mengurangkan pergeseran atau tentangan).


Berdakwah secara intelektual mengenai Islam bukanlah semata-mata meyakinkan orang lain, malah lebih dari itu. Kita mesti persembahkan ketinggian moral, etika dan falsafah mengenai ajaran Islam. Persembahan ini hanya efektif jika sekiranya kita sendiri mengamalkan Islam. Bagaimana mungkin kita meyakinkan orang lain jika kita 'cakap tak
serupa bikin' atau kita sendiri tidak mempraktik seperti yang dikata).


Mengikut pengalaman, non-muslim akan memberi maklum-balas dengan pelbagai kritikan mengenai Islam; mungkin kritikan ini melibatkan ayat-ayat dalam Quran, hadis nabi Muhammad saw dan sirah nabi Muhammad dan sejarah Islam. Selalunya kita akan mengkritik kitab dan ajaran penganut agama lain. Cara ini telah merosakkan proses komunikasi. Kita perlu ingat, apabila sesorang melemparkan kritikan terhadap Quran atau nabi dan ajarannya, cara yang betul ialah dengan menjawab kritikan itu dan bukan mengkritik agama atau kepercayaan mereka. Jika kita mengkritik kepercayaan mereka maka kita gagal memberi jawapan terhadap kritikan mereka mengenai dengan keindahan ideology Islam. Oleh itu,


Prinsip lain yang penting ialah ajaran islam mesti disebarkan mengikut urutan yang benar. Orang yang berpotensi akan memeluk Islam mestilah diajar dengan ajaran asas dengan cara mudah. Setelah ajaran asas ini diterima dan didokong barulah kita mengorak langkah kehadapan. Jika urutan ini diabaikan (tidak diikuti) mungkin kaedah pengajaran ini bukan sahaja tidak sesuai untuk mualaf tetapi mengganggu keseimbangan kandungan keseluruhan ajaran Islam. Kita perlulah mengandaikan bahawa seorang yang bakal memasuki Islam adalah 'orang baru' atau umpama kanak-kanak yang baru memulakan sekolah. Mungkin ianya bercadang menjadi seorang doktor tetapi tiada siapa yang mengsyorkan kepada seorang kanak-kanak mengenai konsep perubatan yang terlalu canggih di awal tahun pendidikannya).

usaha ni bukan kpda lelaki sahaja..
perempuan pon hendaklah berdakwah,,,


Sewaktu kewafatan Nabi saw, apabila usaha dakwah terhenti selama seminggu, kerana org islam pd masa itu sibuk untuk mencari pengganti nabi saw sebagai khalifah, akhirnya 100 ribu org telah murtad. Dalam 100 ribu org tersebut tidak ada seorang pun wanita. Ini pentingnya, wanita turut serta dlm dakwah. Pd masa tu walaupun usaha dakwah di luar terhenti, namun usaha dakwah ‘dalam’ rumah masih berjalan.

Golongan wanita adalah golongan paling ramai berbanding lelaki seluruh dunia, dan golongan kanak2 pula mengatasi bilangan wanita (golongan wanita/ibu). Ini bermakna, wanita berperanan penting dalam mendidik kanak2 untuk melahirkan generasi yg bertakwa pada masa akan datang.

Ini menunjukkan betapa Pentingnya usaha dakwah di kalangan masturat/wanita dilakukan hari ini di rumah2 dalam mendidik dan melahirkan generasi yang beriman dan taat kpd Allah dan rasul. Wanita yang ada fikir agama akan mendidik anak2 untuk takut kepada Allah dan anak2 ditarbiah untuk mengamalkan Sunnah2 Nabi saw dan kehidupan seharian di rumah dilalui mengikut apa yang diajar oleh Nabi saw.Tanpa dakwah dibuat dlm rumah,anak2 akan ditarbiah untuk lebih mengenal makhluk drpd mengenal Allah. Mereka akan dtarbiah utk lebih mengenal artis drpd mengenal para anbia,para sahabat,nabi saw, mahupun mengenal Allah. Sebab itu, Tidak hairan dewasa ini wujud masalah social daripada golongan remaja.


Tanpa fikir agama, fikir2 yang selain daripada agama akan masuk ke dalam rumah; fikir tentang 'rumah tangga' orang, fikir beras tidak cukup di dapur, fikir langsir dan sofa semakin lusuh, fikir jari belum cukup berat dengan cincin dan bermacam-macam fikir dunia akan dibawa dalam rumah. Tidak akan wujud fikir terhadap kehidupan selepas mati, Mahsyar, Mizan, Titian Sirat; tidak wujud fikir tentang keadaman iman yg masih belum cukup; tidak wujud fikir tentang iman yg semakin lusuh; tidak wujud risau tentang amal yg belum berat utk ditimbang di Mizan...

Apabila wanita dilibatkan dgn dakwah mereka akan dpt mengetahui sdkt sebanyak tentang kpentingan solat, kptgn amal dan ajar anak cara sunnah, kptgn ta’lim ta’lum, kptgn baca quran dan zikir, dan kptgn galak mahram kluar jalan allah(buat dakwah). Spt zaman sahabat, hadis2 yg didengar dr nabi dsampaikan oleh sahabat2 kpd anak isteri di rumah. Natijahnya kluar hafiz/hafizah,alim/alimah dan daie2 dr rumah2 shbt.

Berbeza hari ini, yg kluar dr rumah org islam artis2, dan lebih teruk lagi anak2 yg derhaka pada ibubapa dan allah. tanda kt sayangkan anak istri bukanlah sebanyak mana harta, wang ringgit yg kt taburkan pd mreka, tetapi sebanyak mana ‘deen’ (agama) yg telah kita beri dan sampaikan pd mereka. Bukan setakat ungkapan “kunantimu di pintu syurga” atau “sehidup semati”, tetapi masuk syurga bersama2 selamanya,insyAllah…wallahu a’lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...