jom klik

jom klik

LIKE JOM PILIH SAJA

Monday, November 1, 2010

kene ingat ni



hadis2.........

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Dilarang melakukan 2 macam puasa dan melakukan dua macam jual beli iaitu puasa pada hari raya terbuka dan hari raya korban, jual beli mulamasah dan munabasah." - Sahih Bukhari

bayar zakat

"Zakat fitrah itu sebagai penyucian bagi orang yang telah puasa dari kotoran dosa laghu dan rafats (kata-kata keji), juga sebagai makanan orang miskin maka siapa yang menunaikan sebelum sembahyang (Hari Raya) bererti itu zakat yang diterima dan siapa yang mengeluarkan sesudah sembahyang (Hari Raya) makanan itu dianggap sedekah biasa." - Riwayat Addar Quthni & Albaihaqi dari Ibnu Abbas r.a.

amanah kene tunaikan

Nabi s.a.w. bersabda; "Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu khianati orang yang mengkhianatimu." - RiMuslim dan Abu Dawud

selalu lupa

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari

meh amalkan ziarah

Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya orang yang menziarahi orang sakit itu dinaungi oleh Allah dengan 70000 malaikat." - Riwayat Atthabarani

haram2

Dari Ibnu Umar r.a. katanya; "Bahawasa Rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambung dan mengutuk pembuat tatto dan meminta ditatto." - Sahih Muslim

kene amalkan ni

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud

benar2

Dari Anas b. Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Ada pun orang-orang mukmin maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuk akhirat serta diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya." - Sahih Muslim

renungkn

Dari Umar r.a. katanya; "Siapa yang hafaz sebuah hadis dari Nabi s.a.w. berkenaan fitnah?" Jawab Huzaifah, Aku mendengar baginda bersabda: "Fitnah seorang dalam keluarga, dalam hartanya dan tetangga dapat ditutup (dihapuskan) oleh solat, puasa dan sedekah." - Sahih Bukhari

innallilah

Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangat busuk." - Riwayat Albazzar

keluar jalan ALLAH

Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." - -Sahih Bukhari

bnykan salam

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur." - Riwayat Al Baihaqi & Al Khatib

teroknya aq

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Barang siapa memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduk dan waktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat, dan barang siapa mensia-siakannya, nescaya dikumpulkan ia (kelak di neraka) dengan Fir'aun dan Haman." - Riwayat Ahmad

sedih2

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersegeralah kepada amal yang soleh kerana akan berlaku fitnah seperti pada waktu malam yang gelap gelita, yang mana seorang itu beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan akan kafir pada waktu paginya, menjualkan agamanya dengan benda keduniaan." - Sahih Muslim

pahala2

Nabi s.a.w bersabda; "Siapa yang membasuh dan mandi, kemudian datang lebih pagi dan berjalan dan tidak berkenderaan dan mendekati pada imam untuk mendengar dan memperhatikan dan tidak membuat lelahan, maka dia akan mendapat untuk setiap langkah dari rumah ke masjid pahala amal satu tahun puasanya dan bangunnya." - Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi dari Anas r.a.

ikhlas


Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sesiapa yang cinta kepada Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah, menahan kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna Iman." - Riwayat Abu Dawud, Attirmidzi & Sanad Hassan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...